Wednesday 26 October 2011

tree planting by UPM + MITSUBISHI CORPORATION

great! fun! excited!
sebenarnya tak terkata rasanya bila cakap bab perasaan aku bile join program TREE PLANTING CEREMONY 2011, the collaboration program between UPM and MITSUBISHI CORPORATION. It's sooooo great......!!! Kalau boleh aku tak balik dari 'hutan' tu. Program itu sangat mengujakan! Tambah pula makanan yang disediakan sangat sedap dan mewah. Ada makaroni, sandwitch, buah epal dan pisang, dan bermacam jenis air..nak yang sejuk ke panas ke nak air manis ke air tawar ke...macam2 ada...ha3! Mana tak nye, ini program international yang turut disertai foreigner dari Jepun, United Kingdom, Indonesia, and banyak lagilah negara yang disebut pengacara itu tapi aku dah lupe.....Peserta dari Jepun mestilah kene ade sebab Mitsubishi Co. tu kan syarikat mereka.....


yummy....



Program itu diadakan pada hari sabtu, 22 oktober 2011, tarikh bersejerah dalam hidup aku. Kami sepatutnya berkumpul di bus stop k13 pada pukul 7 pagi. Namun, aku seperti telah membuat jadual sendiri kerana aku bangun pada pukul 7 pagi!! Kelam kabut aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi aku tak suka orang menunggu aku. Ishh...rasa menyusahkan orang betul!! Kesian kat Wani n Intan yang tunggu aku...(*~*)

Kami bertolak ke tempat 'penanaman pokok' denngan menaiki bas khas yang disediakan. Semua peserta kelihatan teruja untuk menyertai aktiviti yang datang once in a blue moon ini dengan memakai pakaian yang disediakan khas untuk program ini. Pak Cik driver bas telah menurunkan kami di tepi lebuh raya yang entah kat mane entah, yang pasti dkt2 UPM ugk r....Kemudian kami berjalan melalui denai dalam hutan untuk menuju ke kwsn lapang tempat acara perasmian program ini dan tempat penanaman pokok.
perjalanan melalui denai ke tempat perasmian program
Majlis bermula selepas semua tetamu dan peserta sampai. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timb. Men. Pelancongan yang juga bekas pelajar Upm, Senior Executive, Vice President Mitsubishi Co. Japan, Duta Jepun ke Malaysia, dan ramai lagi. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Timb. Men. Pelancongan dan penerangan cara menanam pokok oleh Dr. Akira Miyawaki. Mengantuk jugak lah aku dengar mereka 'membebel' especially Dr. Akira dengan longat jepun dye yang begitu pekat!!
Then, bermulalah acara yang ditunggu2....tree planting...!!!Setiap orang ada area penanaman masing2 dan ini ditentukan melalui cap yang dipakai mereka. Aku dapat bahagian merah, ramai jgklah geng VIP dalam kawasan aku ni...ngeh3!! Tanam punya tanam sampai x sedar berapa banyak pokok yang aku tanam. Aiyyooo....Yang paling bestnye 2 kali aku ditemubual oleh wartawan jepun, tapi yang lucunye dye tnye aku soalan sama dan aku pun jawab dengan jawapan sama....ish3! Tak main r wartawan TV3 ni...aku tak jumpa pun dyorang. Tambah lagi, nama peserta yang menyertai program ini akan diabadikan di papan tanda di kawasan penanaman pokok kami....sweet x?? =)

Program ni habis lebih kurang pukul 11.00 pagi....dan ktorang ape lagi....serbulah khemah tempat makan....x sarapan lagi doe....kan bangun lewat...ha3!! kat bwh ni ade beberapa picture yang aku nak kongsikan....jom layannnn........

explanation of planting method by Dr. Akira



posinggg....
emm...tett.....
with japan journalist (o_0)

wani n intan with our group flag
international participants
excited!!!

No comments:

Post a Comment